Promosi PPKBSM di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

KMPP4 KMPP2 KMPP3 KMPP4

Kepala Batas, 17 Februari 2017- Penyampaian hadiah untuk pemenang dan peserta Pertandingan Menulis Esei bagi pelajar matrikulasi telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua jabatan KMPP. Manakala Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) telah diwakili oleh Prof. Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Ir. Dr Mariatti Jaafar, Dr Shah Rizal Kasim, Dr Khairul Anuar Shariff, Dr Zuratul Ain Abdul Hamid, Dr Harieyani Zabidi dan En Muhammad Sofi Jamil. Seramai 12 penyertaan telah diterima dari KMPP. Di samping upacara penyampaian hadiah dan sijil, sesi taklimat promosi program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer yang ditawarkan oleh PPKBSM turut diadakan. Semoga promosi yang diadakan ini dapat menarik minat pelajar untuk memohon kemasukan ke program-program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang ditawarkan oleh PPKBSM.

 

Latest News

SMMRE Planner

Visitor Counter

186914
TodayToday179
YesterdayYesterday303
This_WeekThis_Week1151
This_MonthThis_Month6927
All_DaysAll_Days186914