Promosi PPKBSM di Kolej Matrikulasi Johor

Jelajah Promosi PPKBSM Dan Majlis Penyampain Hadiah Pertandingan Menulis Esei Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor

Tangkak, 2 Mac 2017 – Jelajah promosi PPKBSM dan majlis penyampaian hadiah kepada peserta dan pemenang Pertandingan Menulis Esei Pelajar Matrikulasi telah diteruskan di Kolej Matrikulasi Johor. Program bermula pada jam 1 tengahari dan telah menerima kehadiran seramai lebih kurang 500 orang pelajar matrikulasi. Majlis penyampaian hadiah telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Puan Nor Haslida Bt Tahir dan Timbalan Pengarah Dr. Shah Jahan B Assarnakutty. Saudari Wong Vee Yuan telah memenangi tempat kedua keseluruhan. Selepas majlis penyampaian hadiah, program diteruskan dengan ceramah promosi oleh Dr. Khairul Anuar bin Shariff.  Semoga program ini dapat memberi gambaran kepada para pelajar matrikulasi tentang program pengajian yang ditawarkan di PPKBSM iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sumber Mineral. 

KMJ1

KMJ2

KMJ3

Latest News

SMMRE Planner

Visitor Counter

186914
TodayToday179
YesterdayYesterday303
This_WeekThis_Week1151
This_MonthThis_Month6927
All_DaysAll_Days186914