Promosi PPKBSM di Kolej Matrikulasi Pahang

Gambang, 28 Februari 2017- Penyampaian hadiah dan sijil untuk pemenang Pertandingan Menulis Esei bagi pelajar matrikulasi telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, dan Guru Kaunseling KMPh. Manakala Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nurulakmal Mohd. Sharif, Dr. Suhaina Ismail dan En. Mohamad Khairuddin. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan pelajar KMPh iaitu sebanyak 45 penyertaan telah diterima. Seorang pelajar dari KMPh telah berjaya meraih tempat Ke-2 dan seramai 8 orang pelajar telah menerima hadiah saguhati dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Nurulakmal bt Mohd.Sharif. Di samping upacara penyampaian hadiah dan sijil, turut diadakan sesi taklimat promosi program-program Kejuruteraan di USM khursusnya program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer yang ditawarkan oleh PPKBSM. Semoga promosi yang dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang kursus-kursus kerjuruteraan yang ditawarkan oleh USM dan PPKBSM. 

KMP1

KMP2

KMP3

KMP4

Latest News

SMMRE Planner

Visitor Counter

186914
TodayToday179
YesterdayYesterday303
This_WeekThis_Week1151
This_MonthThis_Month6927
All_DaysAll_Days186914