Promosi PPKBSM di Kolej Matrikulasi Perlis

1 March 2017 – Majlis penyampaian hadiah untuk pemenang utama bagi Pertandingan Menulis Esei bagi pelajar matrikulasi telah diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Pelajar Matrikulasi tersebut iaitu saudari Chow Wen telah memenangi hadiah utama berupa wang bernilai RM400 telah disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, Prof. Dr. Zuhailawati Hussain. Turut menemani dekan dalam menjayakan majlis ini ialah Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor, Dr. Ku Marsilla Ku Ishak dan juga En. Mokhtar Bin Mohamad. Majlis penyampaian yang penuh meriah ini dihadiri oleh seramai lebih kurang seratus pelajar matrikulasi yang mengambil aliran Sains disaksikan oleh Pengarah KMP, Timbalan Pengarah, Kaunselor dan barisan tenaga pengajar Pusat Matrikulasi tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi Taklimat Promosi oleh Prof. Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang kelebihan dan tarikan utama tiga program di Pusat Pengajian ini iaitu program Kejuruteraan Bahan, Polimer dan Sumber Mineral. Initiatif berterusan Pusat Pengajian terbalas apabila menerima maklumbalas yang amat positif daripada  pelajar yang berasa amat teruja untuk melanjutkan pelajaran di dalam program yang ditawarkan oleh PPKBSM. Diharapkan agar anak-anak muda ini akan menjadi pelajar serta nilai tambah kepada Pusat Pengajian di masa akan datang.

KMPerlis1

KMPerlis2

KMPerlis3

Latest News

SMMRE Planner

 

ServisDesk@BSM (Tempahan Online)

helpdesk support

Tempahan online kenderaan dan bilik/dewan/makmal

PANDUAN PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI PROJEK TAHUN AKHIR

GALLERY

Sebutharga

Visitor Counter

288545
TodayToday315
YesterdayYesterday296
This_WeekThis_Week315
This_MonthThis_Month8316
All_DaysAll_Days288545