Naib juara Program HiPer@Perintis Usahawan Koperasi

kosiswa

Syukur Alhamdullilah, USM di bawah Koperasi Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad (KOSISWA) telah menjadi naib juara Program HiPer@Perintis Usahawan Koperasi membawa pulang wang tunai sebanyak RM70,000.00 dan tiket melancong ke Langkawi. Program ini adalah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan  Angkatan Gerakan Koperasi  Kebangsaan (ANGKASA). KOSISWA adalah merupakan finalis 6 teratas ke peringkat akhir yang diadakan bertempat di Bangunan Matrade semalam 22hb Mei 2017. Program HiPer@Koperasi Usahawan Koperasi ini merupakan satu program keusahawanan yang mengalakkan penglibatan semua pelajar IPTA dan kolej-kolej vokasional melalui koperasi institusi masing-masing. Program ini akan ditayangkan pada bulan Julai 2017 hari sabtu jam 9:00mlm di RTM 1 sebanyak 8 episod.

Sebanyak 150 penyertaan yang telah memuat naik video masing-masing. Peringkat saringan telah diadakan, sebanyak 77 koperasi telah berjaya melepasi peringkat ini. Bagi melayakkan diri keperingkat seterusnya 77 koperasi ini perlu bertanding melalui perbentangan  ”Business Pitching”, 6 koperasi sahaja yang layak ke peringkat akhir. Bagi menjadikan pertandingan ini lebih mencabar para koperasi perlu menyelesaikan cabaran-cabaran yang telah diberikan iaitu penyediaan Rancangan Perniagaan produk, Direct Sale, Kolabarasi dengan pihak ketiga, Pelancaran Produk dan pemasaran melalui media social mengikut justifikasi yang telah ditetapkan oleh para barisan juri yang terdiri daripada artis, wakil SKM, INSKEN, ANGKASA dan MKM. 

Yang menariknya, kesemua peserta samada pelajar dan staf adalah daripada Pusat Pengajian Kej Bahan dan Sumber Mineral dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan Pusat Keusahawan Universiti (PKU). Berikut adalah senarai pelajar dan staf yg terlibat.
Pelajar:
1.      Nur Diyana Syazni Sharin (Pelajar Kej Polimer)
2.      Nur Raihan Ridzwan   (Pelajar Kej Bahan)
3.      Azfar Husni Idris   (Pelajar Kej Bahan)
4.      Muhd Azrin Abd Jamil (Pelajar Kej Bahan)
5.      Mohd Aminuddin Zahari (Pelajar Kej S Mineral)
6.      Muhammad Syazwan Norilham (PelajarKej  S Mineral)
7.      Muhammad Afiq Misman (bekas Pelajar PhD)
Staf:
1.      Prof Madya Ahmad Badri Ismail (PPKBSM)
2.      Ir Mohammad Azwan Mad Naser (PPKBSM)
3.      En Muhd Nur Badri Mohd Nazli (BHEPA)

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut:

ANUGERAH KHAS (Produk Inovatif, Kreatif)
Kop. KV Kuching Bhd
Produk : EZ- PUMP
Hadiah : RM20 ribu

JOHAN:
Kop. KV Temerloh Pahang Bhd 
Produk: Gazela
Hadiah: RM 100 ribu

N.JOHAN
Kop. Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Bhd
Produk: 
Brainy Moo Choco Drink
Hadiah : RM70 ribu

KETIGA:
Kop. KV (Pertanian) Teluk Intan Bhd
Produk: Bio Fert Agrimo
Hadiah : RM50 ribu

KEEMPAT:
Kop. KV (ERT) Azizah Johor Bharu Bhd
Produk: Indigenous Fluid
Hadiah : RM 10 ribu

KELIMA:
Kop. KV Kuching Bhd
Produk: Ez-Pump
Hadiah : RM10 ribu

KEENAM:
Kop. KV Batu Pahat Bhd
Produk: Flip Crab Table
Hadiah : RM10 ribu

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf PPKBSM yang memberikan sokongan kpd Kosiswa dalam menjalankan program ini.

PROF MADYA AHMAD BADRI ISMAIL
SCHOOL OF MATERIALS AND MIN RESOURSES ENGINEERING,
ENGINEERING CAMPUS,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
14300 NIBONG TEBAL, PENANG.
MALAYSIA.
Off Phone: +604 5996107

Latest News

NGC2018 icon syarahan umum pelantikan profesor 2018 RAMM2018 icon

DETAIL 

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 2018 (NGC 2018) & SHORT-COURSE ON ADVANCE BLASTING TECHNOLOGY

Theme : Georesources Development for a Sustainable Future

Bayview Hotel, Georgetown, Penang

18 - 19 September 2018

DETAIL / RSVP

SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR

PROF. IR. DR. MARIATTI JAAFAR
Berpotensikah Nanokomposit Polimer Digunakan Dalam Aplikasi Elektronik?

PROF. DR. CHOW WEN SHYANG
Nanokomposit Polimer : Apabila Pengisi Nano Bertemu Polimer

PROF. IR. DR. SRIMALA SREEKANTAN
Teknologi Fotokatalis Nano-Tio2 Memastikan Kelestarian Hari Esok

Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, USM

17 Okt, 2018 | 8.30 pagi

DETAIL

6th International Conference on Recent Advances in Materials, Minerals & Environment  2018 (RAMM2018)

Theme : Advances in Materials, Minerals & Environment Research: Providing the path for sustainable development

Penang, Malaysia

27 - 29 November 2018

SMMRE Planner

 

ServisDesk@BSM (Tempahan Online)

helpdesk support

Tempahan online kenderaan dan bilik/dewan/makmal

PANDUAN PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI PROJEK TAHUN AKHIR

GALLERY

Sebutharga

Visitor Counter

315174
TodayToday547
YesterdayYesterday636
This_WeekThis_Week2481
This_MonthThis_Month10495
All_DaysAll_Days315174