services icon

Services & Facilities

event icon

Events

Pertandingan Bowling Tertutup 2018 di Ole Ole Super Bowl, Mydin Mall Bukit Mertajam

Oleh Kamaruddin Shah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

11 Mac 2018, Bukit Mertajam : Kira-kira 30 ahli Kelab Sukan, Rekreasi Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang, mengambil bahagian dalam Pertandingan Bowling Tertutup 2018 di Ole Ole Super Bowl, Mydin Mall Bukit Mertajam baru-baru ini.

Kejohanan bertujuan mengeratkan hubungan rakan sekerja, ahli-ahli dan ahli keluarga kelab secara tidak langsung membantu mencungkil bakat baru dalam sukan itu.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi PPKBSM, Dr Khairul Anuar Shariff mengalu-alukan penganjuran program yang dianjurkan Biro Sukan.

“Bowling cara paling sesuai mengeratkan hubungan sesama ahli selain aktiviti riadah menarik.

"Selain daripada bowling, pertandingan memancing dan treasure hunt turut dianjurkan oleh kelab," katanya.

Ketua Biro Sukan PPKBSM Dr. Raa Khimi Shuib pula berkata, pertandingan yang dianjurkan pada setiap tahun ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan sekerja.

“Apa yang menarik kejohanan yang PPKBSM anjurkan ini turut disertai oleh ahli keluarga kakitangan, pensyarah dan juga kakitangan bahagian teknikal,” katanya.

Pada pertandingan itu, kumpulan yang menjadi juara Mohd Azam Rejab, Mohammad Azrul Zainol Abidin dan Muhammad  Sofi Jamil dengan 1155 jatuhan pin. Kedua,  Mohd Farid Abd Rahim, isteri dan anak beliau (1078) dan ketiga, Dr. Raa Khimi Shuib, Mohd Faizal Mohd Kasim dan Norshahrizol Nordin (979).

Hadiah pemenang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nurulakmal Mohd Sharif, Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Bahan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

bow2

bow1

bow3

bow4

bow5

Latest News

PANDUAN PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI PROJEK TAHUN AKHIR

GALLERY

Sebutharga