ZIARAH KASIH

15 Julai 2019 – Wakil Kelab Sukan & Rekreasi (KSR), Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral iaitu Prof. Madya Dr. Khatijah Aisha binti Yaacob dan beberapa orang staf telah menziarahi isteri dan keluarga Allahyarham Kemuridan Md. Desa iaitu Pn. Norazini binti Ibrahim di rumah beliau di Taman Serai Permai, Bagan Serai untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan tanda ingatan dari semua staf PPKBSM. Kehilangan En. Kemuridan yang telah berkhidmat di PPKBSM selama 26 tahun telah meninggalkan kesan yang mendalam pada semua staf di PPKBSM. Sifat-sifat mulia arwah seperti tolong menolong, berdedikasi dan juga rajin akan menjadi inspirasi kepada semua staf di pusat pengajian. Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban yang digalas oleh Pn. Norazini Ibrahim dan keluarga.

ziarah1

ziarah2jpeg

 Teks: Hasnah/Ku Marsilla/Najmah

 Poster virtual run 001 edited for web

Polisi Keselamatan        Penafian      Peta Laman             icon fb       icon ins