KURSUS BAKAT: PEMBUATAN ACUAN PLASTER OF PARIS

17 Julai 2019 (Rabu) - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (PPKBSM) telah menganjurkan Kursus Bakat: Pembuatan Acuan Plaster of Paris (POP) di Dewan Seminar. Sesi ini melibatkan kehadiran seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada staf teknikal dan staf akademik PPKBSM. Kursus di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Azmin bin Mohamad yang bertindak sebagai penyelaras kursus-kursus bakat di PPKBSM.

Penganjuran kursus bakat ini bertujuan berkongsi ilmu kemahiran bersama staf teknikal dan akademik untuk memberi pendedahan asas mengenai pembuatan acuan Plaster of Paris.

Penceramah kursus bakat untuk kali ini ialah En. Sharul Ami Zainal Abidin dan En. Mohamad Syafiq Mustapha Sukri. Mereka adalah kakitangan teknikal yang pakar dan berpengalaman luas dalam bidang berkenaan setelah berkhidmat melebihi 10 tahun di PPKBSM. Sesi persembahan slide serta tayangan video pembuatan acuan POP pada sesi pagi amat menarik dan mendapat perhatian daripada semua peserta kursus. Banyak ilmu dan pengalaman telah dikongsi dan ianya amat berharga kepada semua peserta yang hadir.

Untuk sesi sebelah petang pula lebih tertumpu kepada praktikal membuat acuan plaster of paris (POP) dan ‘slip casting’. Setiap peserta dikehendaki membuat satu hasil seramik menggunakan kaedah yang diajar. Daripada pemerhatian boleh dikatakan semua peserta dapat melaksanakan tugasan dengan amat baik sekali dan menghasilkan produk seramik yang berkualiti.

Setiap peserta amat teruja dan mendapat pengalaman yang amat berharga dan sukar untuk dilupakan. Sesi kursus tamat pada pukul 5:00 petang.

DSC 303011

DSC 3015

DSC 3016

DSC 3020

DSC 3023

Teks: Hasnah/Khairul Nasrin

 

 

POSTGRADUATE

  • International Students


SOCIAL MEDIA

 

 Ugrad flyers SMMRE 2019 FULL

 Pgrad flyers SMMRE 2019 FULL

Gallery

Buletin Enjinier & Newsletter

Photo aktiviti PPKBSM

Video aktiviti PPKBSM

 AKTIVITI KSR  (KELAB SUKAN & REKREASI PPKBSM)

JANUARI 2020

 

 

323403
TodayToday643
YesterdayYesterday1066
This_WeekThis_Week5179
This_MonthThis_Month5179
All_DaysAll_Days323403

Polisi Keselamatan        Penafian      Peta Laman