{"id":971,"date":"2024-06-26T09:48:09","date_gmt":"2024-06-26T01:48:09","guid":{"rendered":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/?p=971"},"modified":"2024-06-26T09:48:10","modified_gmt":"2024-06-26T01:48:10","slug":"usm-jmg-meterai-persefahaman-bangunkan-lembah-lenggong-sebagai-geopark-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/?p=971","title":{"rendered":"USM-JMG METERAI PERSEFAHAMAN BANGUNKAN LEMBAH LENGGONG SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN"},"content":{"rendered":"\n<p><a href=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/?p=1182\"><time datetime=\"2020-09-21T08:04:42+00:00\">September 21, 2020<\/time><\/a><a href=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/?author=2\"> <\/a><a href=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/?author=2\">MOHD HALIM BIN HASSAN<\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/lenggong2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1183\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>LENGGONG, PERAK, 7 September&nbsp;2020 \u2013 Universiti Sains Malaysia (USM) terus diberi kepercayaan bagi membangunkan sosioekonomi dan nilai warisan negara apabila menjadi pilihan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk berkolaborasi memperkasakan kajian saintifik di Lembah Lenggong bagi memastikan lokasi warisan tersebut diangkat sebagai Geopark Kebangsaan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui&nbsp;Memorandum Persefahaman&nbsp;(MoU) yang dimeterai&nbsp;di antara USM dan JMG,&nbsp;kedua-dua pihak akan bekerjasama merencanakan&nbsp;perancangan strategik bagi memastikan&nbsp;tercapainya&nbsp;aspirasi kerajaan negeri Perak mendapat pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan di negara ini seterusnya UNESCO dalam beberapa tahun akan datang.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/lenggong10.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1184\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, USM, Profesor&nbsp;Dato\u2019&nbsp;Ir.&nbsp;Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata,&nbsp;usaha ini akan melibatkan kepakaran empat Pusat Tanggungjawab&nbsp;(PTJ)&nbsp;USM yang bakal berganding bahu bersama JMG bagi merealisasikan matlamat tersebut iaitu Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Sains Fizik dan Pusat Kajian Samudera&nbsp;dan&nbsp;Pantai&nbsp;(CEMACS).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGandingan keempat-empat&nbsp;PTJ ini bakal memfokuskan kajian lebih mendalam aspek geologi, geofizik, kejuruteraan sumber mineral, geokimia,&nbsp;sains&nbsp;samudera dan&nbsp;geologi&nbsp;warisan di Lembah Lenggong bagi mengumpul maklumat dan kriteria yang diperlukan bersama JMG&nbsp;dalam&nbsp;usaha mengangkat lokasi warisan tersebut sebagai Geopark Kebangsaan,\u201d katanya ketika hadir mewakili Naib Canselor bagi&nbsp;pertukaran&nbsp;dokumen&nbsp;persefahaman di antara USM dan JMG di Seminar Aspirasi Lenggong Geopark yang dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato\u2019 Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau lagi, USM sentiasa bersedia berkongsi apa juga kepakaran dimiliki kepada pihak yang ingin memperkasakan sosioekonomi dan nilai warisan di negara ini, apatah lagi dengan pembabitan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM yang telah sekian lama menjalankan penyelidikan di Lembah Lenggong sehingga menemui nilai sejarah yang cukup berharga di Bukit Bunuh.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/lenggong59.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1186\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pada majlis yang sama,&nbsp;Ketua Pengarah&nbsp;JMG, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata,&nbsp;kerjasama bersama USM ini memperlihatkan sejumlah RM450,000&nbsp;diperuntukkan buat USM untuk menjalankan penyelidikan terperinci di Lembah Lenggong seterusnya memastikan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan tercapai pada tahun 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak JMG sentiasa bertekad untuk membangunkan sumber-sumber geologi, sama ada dalam pentuk sumber kepelbagaian geologi seperti landskap dan meteorologi batuan, proses-proses geologi ataupun fosil yang terdapat di negara ini untuk kita pasarkan sebagai aset sumber pelancongan semulajadi negara ke arah aspirasi wilayah pembangunan geopark bertaraf kebangsaan dan global&nbsp;pada&nbsp;masa akan datang,\u201d&nbsp;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya,&nbsp;melalui kerjasama&nbsp;tenaga pakar&nbsp;dari USM ini, ia akan menarik lebih ramai pelancong dari luar negara ke Lenggong seterusnya menyediakan peluang kepada&nbsp;komuniti setempat&nbsp;menerokai peluang ekonomi&nbsp;sebagai&nbsp;pengusaha hasilan produk-produk Geopark dan aktiviti Geopelancongan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/material.eng.usm.my\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/lenggong34-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1187\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir adalah Timbalan Menteri Tenaga&nbsp;dan&nbsp;Sumber Asli, Tuan Ali Biju; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato\u2019 Nolee Ashilin Dato\u2019 Mohammed Radzi;&nbsp;Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Jawatankuasa Komuniti Multimedia, Ahmad Saidi Mohamad Daud;&nbsp;Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Kenering, Dato\u2019 Hj. Mohd Tarmizi Hj. Idris; Pelaksana Geopark Kebangsaan\/Naib Presiden UNESCO Global Geopark, Profesor&nbsp;Emeritus Dato\u2019 Dr. Ibrahim Komoo; Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Profesor&nbsp;Dato\u2019 Dr. Mohd Mokhtar Saidin dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM, Profesor&nbsp;Madya Ir. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim.<\/p>\n\n\n\n<p>Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar\/Foto: Mohd Fairus Md. Isa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>September 21, 2020 MOHD HALIM BIN HASSAN LENGGONG, PERAK, 7 September&nbsp;2020 \u2013 Universiti Sains Malaysia (USM) terus diberi kepercayaan bagi membangunkan sosioekonomi dan nilai warisan negara apabila menjadi pilihan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk berkolaborasi memperkasakan kajian saintifik di Lembah Lenggong bagi memastikan lokasi warisan tersebut diangkat&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":974,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"class_list":["post-971","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news-articles"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/971","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=971"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":976,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/971\/revisions\/976"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/material.eng.usm.my\/strategicminerals\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}