Lawatan ke Rumah Sejahtera Permatang Tinggi

Kelab Sukan & Rekreasi PPKBSM telah menganjurkan satu lawatan ke Rumah Sejahtera Permatang Tinggi yang bertempat di Bukit Mertajam pada 2 Februari 2016. Terdapat 75 penghuni orang tua yang berusia di antara 60 hingga 91 tahun yang tinggal di Rumah Sejahtera ini. Rumah Sejahtera ini diuruskan bersama di antara badan-badan NGO serta dibantu kewangan dan kawalselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Fauzi dan Prof. Chow serta diikuti oleh 6 rakan staf lain (Dr. Shah Rizal, Dr. Pung, Azam, Mahani, Haslina dan Mokhtar) dan 4 pelajar PPKBSM. Sempena Tahun Baru Cina 2016, Kelab Sukan & Rekreasi PPKBSM telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan bantuan kepada penghuni-penghuni Rumah Sejahtera Permatang Tinggi. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan (seperti, beras, minyak masak, milo, nestum, serbuk susu, cecair pencuci baju, dettol dan lain-lain) dan serta sejumlah sumbangan wang telah diberikan kepada Rumah Kebajikan Sejahtera tersebut. Prof. Chow dan Haslina turut diberi peluang memberikan limau mandarin kepada mereka yang menghuni di rumah tersebut. Satu lawatan yang menarik dan menginsafkan dan diharapkan pada masa depan, usaha sukarela sebegini boleh terus disumbangkan secara berkala dan marilah sama-sama memupuk amalan keperihatian yang murni kepada masyarakat kita, khususnya golongan orang tua yang memerlukan sokongan dan keperihatinan kita bersama. 

Teks: Prof. Chow Wen Shyang

LRSPT1      LRSPT2              LRSPT4        LRSPT3

Pelantikan Pengerusi-Pengerusi Rancangan PPKBSM

As salam & salam sejahtera semua,

Sukacitanya dimaklumkan Naib Canselor telah melantik empat pengerusi rancangan bagi melancarkan pentadbiran PPKBSM seperti berikut:

1) Pengerusi Rancangan Kej. Bahan - PM Dr. Nurulakmal Mohd Sharif
2) Pengerusi Rancangan Kej. Polimer - PM Dr. Zulkifli Ahmad
3) Pengerusi Rancangan Kej. Sumber Mineral - Dr. Mohd Hazizan Mohd Hashim
4) Pengerusi Rancangan Akreditasi dan Unit Perniagaan - PM Dr. Azura A. Rashid

Lantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Jan 2016 hingga 31 Disember 2018.

Bersama-samalah kita memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pengerusi-pengerusi rancangan baru ini untuk meneruskan masa depan PPKBSM yg cemerlang.

Tahniah diucapkan kepada PM Dr. Nurul, PM Dr. Zulkifli Ahmad, Dr. Hazizan dan PM Dr. Azura.

Harap maklum dan terima kasih.

Prof. Zuhaila

Equipment Training series 1

Equipment Training Series 1

(Total Station Survey Equipment & Dust Monitoring Kit)

Date: 14 January 2016

Location: Dewan Seri Ilham and Multimedia Room

Participant: Technical Staff and Academic Staff (Mineral Resources Engineering)

Series1 

Anugerah Buku Negara 2015 - Prof. Dr. Zainal Arifin Ahmad

24 November 2015

Yayasan Pembangunan Buku Negara logo

Anugerah Buku Negara 2015

Sukacita dimaklumkan bahawaempat judulbukuterbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia telah terpilih untukmenerima Anugerah Buku Negara 2015 yang akan berlangsung pada 25-26 November 2015.  Buku yang terpilih adalahseperti berikut:

             i.              Kategori: Buku Umum Terbaik (Kategori Seni Kraf)

Judul:Seni Tembikar

Penulis: Zainal Arifin Ahmad, Abdul Rashid Jamaludin, Muhammad Azwadi Sulaiman.

Continue Reading

Lebih banyak artikel..

  • 1
  • 2