LAWATAN PELAJAR MRSM TRANSKRIAN KE PPKBSM

1 Sept 2022 (Khamis). Menerima delegasi daripada MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pusat Pengajian telah menerima kunjungan seramai 55 orang pelajar Tingkatan 5 MRSM Transkrian. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di dalam Universiti di samping diberikan pendedahan tentang bidang Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer dan Kejuruteraan Sumber Mineral.