LAWATAN DARI DELEGASI BOSTON SCIENTIFIC MEDICAL DEVICE (MALAYSIA) SDN. BHD

21 Mac 2024 -Pusat Pengajian telah menerima lawatan daripada Delegasi Boston Scientific Medical Device (Malaysia) Sdn. Bhd yang diketuai oleh Mr. Sayron Ruiz, Pengarah Kejuruteraan, Boston Penang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat fasiliti pengujianan yang terdapat di Pusat Pengajian di samping mengenal pasti ruang kerjasama dalam bidang penyelidikan, pencarian bakat dan juga perkongsian ilmu kepakaran dalam bidang “Medical Devices”.