2 Julai 2024 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) mengalu-alukan kehadiran para pelajarnya ke Lattice Lounge iaitu sebuah ruangan yang telah disediakan untuk mereka mengulangkaji pelajaran, mengadakan perbincangan dan juga beristirahat.
Lattice Lounge masih dalam fasa penataan hiasan dalaman namun kelengkapan perabotnya telah sempurna dan selesa untuk digunakan buat masa ini.
Diharapkan agar Lattice Lounge dapat digunakan sebaiknya dan seterusnya memberikan manfaat kepada para pelajar PPKBSM.