Skip to main content

School of Materials & Mineral Resources Engineering

Home

GOTONG-ROYONG PERDANA PPKBSM VS KAMPUS KEJURUTERAAN

NIBONG TEBAL, 29 Mei 2025 – PPKBSM dengan kerjasama warganya telah menjayakan gotong-royong perdana bagi menyokong inisiatif dan perancangan jawatankuasa Kelestarian Kampus.

Majlis pelancaran berlangsung di Lattice Lounge dan disempurnakan oleh Dekan, Profesor Ts. Dr. Zulkifli Mohamad Ariff. Aktiviti ini juga telah mendapat kerjasama daripada pelajar Ijazah Tinggi dan MIMATES yang mewakili pelajar prasiswazah.

Selain daripada mengindahkan kawasan PTJ, PPKBSM turut mengumpul barangan kitar semula seperti kertas, botol, e-waste dan minyak masak. Program pengumpulan ini juga dijangka akan berterusan dan tidak terhenti pada hari ini sahaja. Staf-staf PTJ boleh menghantar barang kitar semula tersebut ke Makmal Sumber Mineral yang terletak di Makmal Bersepadu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan semula nanti.

Diharapkan semoga agenda kelestarian PPKBSM akan terus berjalan lancar seperti yang dirancang.

#PeringkatKampusKejuruteraan

#PeringkatPPKBSM

#SustainabilityUSM

#GreenCampusUSM

#WeLead