Skip to main content

School of Materials & Mineral Resources Engineering

Home

Compliance Evaluation

CE2025 001 copy

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKB) dengan sukacitanya menerima kunjungan bagi sesi Penilaian dan Lawatan Pematuhan (Compliance Evaluation - CE) bagi Program Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan seramai 9 orang panel penilai, yang terdiri daripada ahli panel penilai dalam dan luar. Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan program penyelidikan di peringkat Sarjana Sains dan Doktor Falsafah dalam ketiga-tiga program iaitu Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer

Sesi ini menjadi platform penting dalam memastikan kualiti dan tadbir urus akademik program-program penyelidikan sentiasa berada pada tahap terbaik, sejajar dengan piawaian Universiti.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral mengalu-alukan kehadiran para panel dan berharap sesi ini akan memberi impak positif kepada penambahbaikan berterusan program pascasiswazah di pusat pengajian ini.