#Perak : Pemandangan Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5) iaitu gelaran bagi kapal korek terakhir yang masih ada di Malaysia yang terletak di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah.
TT5 merujuk kepada nombor kapal korek yang ada di Tanjung Tualang ketika itu manakala angka ‘5’ menandakan ia adalah kapal yang kelima ada di Tanjung Tualang yang satu ketika dulu menjadi antara lokasi penting perlombongan bijih timah dalam negara yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia ketika itu.
TT5 yang menjadi warisan sejarah Perak dan digelar `The Last Dredge’ atau warisan kapal korek terakhir yang masih wujud di negara, kini dalam proses pemuliharaan semula dan ditambah baik dengan pelbagai kemudahan bagi menjadikannya kawasan antara kawasan tarikan pelancongan sejarah di Perak dalam sektor perlombongan.
Mengikut sejarah, kapal itu diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) pada 2016 dan membaik pulih jentera itu sebelum dibuka kepada pengunjung pada Jun 2017.
MB Inc diberi tanggungjawab untuk memulihara kawasan itu bagi memastikan warisan berharga negara itu terus diingati dan diketengahkan.
Terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh, pengunjung yang datang masih dapat melihat kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar.
Sharul Hafiz Zam | BERNAMA
Source: Bernama
![](https://material.eng.usm.my/strategicminerals/wp-content/uploads/2024/07/image-40-1024x724.png)
![](https://material.eng.usm.my/strategicminerals/wp-content/uploads/2024/07/image-39-1024x724.png)
![](https://material.eng.usm.my/strategicminerals/wp-content/uploads/2024/07/image-41-1024x724.png)