Kem anjuran Program Kejuruteraan Sumber Mineral pada 11 April 2021 yang dinamakan “Minerals Camp: Be A Pro in Mineral Processing” yang bertempat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM.
Kem bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman penuh serta pengalaman praktikal kepada pelajar dalam pengendalian setiap eksperimen yang telah diperkenalkan dalam pembelajaran terutama mengenai konsep asas pemprosesan mineral fizikal dalam penentuan, pemisahan dan pengekstrakan mineral pada sampel bijih.
Tahniah kepada semua pelajar tahun akhir yang terlibat dan terima kasih kepada staf dan petugas yang menjayakan kem ini.








