SESI PERKONGSIAN USAINS BIOMICS & AEROSPACE BUSINESS UNIT (ABU)

14 Mei 2024

Bagi memperkasakan aktiviti pengujianan, konsultasi dan latihan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral USM , satu sesi perkongsian telah diatur dengan kerjasama USAINS BIOMICS dan Aerospace Business Unit (ABU), USM.

Dua orang penceramah khas telah dijemput

1. Prof. Madya Dr. Elmi Abu Bakar

Pengarah, Aerospace Business Unit, USM

2. Dr. Lim Sheh Hong,

Pengurus, USAINS Biomics Laboratory

Testing Services, Sdn Bhd.

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PIALA YBRS. PROF. IR. DR. MARIATTI JAAFAR @ MUSTAPHA

27 April, Kompleks Sukan USM – Kejohanan Badminton tertutup anjuran KSR, PPKBSM di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi telah berjalan dengan jayanya bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari.

Sebanyak 4 kumpulan (A,B,C,D) merangkumi 4 beregu lelaki dan sepasang beregu wanita bagi setiap kumpulan tersebut telah bersaing dengan sengit dalam kejohanan ini.

Sebagai usaha mengeratkan ukhwah warga PPKBSM, penglibatan dalam kejohanan ini melibatkan Staf Akademik, Teknikal, Pentadbiran , pelajar Ijazah Tinggi dan pelajar Sarjana Muda.

Sekalung penghargaan buat Prof. Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha yang sudi menaja Piala Pusingan kejohanan pada kali ini dan juga orang perseorangan yang menaja medal serta makanan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan C yang berjaya menjadi JOHAN pada tahun ini. Tidak dilupa, syabas buat semua peserta yang berhempas pulas untuk memenangi setiap perlawanan.

Dengan objektifnya iaitu mengeratkan ukhwah sesama warga PPKBSM, kejohanan ini telah berjaya mencapai tujuan malah turut meneruskan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.