LAWATAN DARIPADA “FACULTY OF DENTAL MEDICINE” UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA

23 Disember 2022 —Satu lawatan daripada “Faculty of Dental Medicine” Universitas Airlangga, Indonesia seramai 4 orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Dian Agustin Wahjuningrum telah melawat ke Pusat Pengajian bagi mengenal pasti jaringan kerjasama yang baharu dalam bidang penyelidikan yang berkaitan bahan bioseramik. Lawatan ini adalah susulan daripada lantikan Dr. Khairul Anuar Shariff sebagai Profesor Adjung di Fakulti mereka. Pelbagai idea telah dibincangkan dan memorandum perjanjian akan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat.