PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU KERJAYA INDUSTRI OLEH ALUMNI PROGRAM KEJURUTERAAN POLIMER

3 Jun 2022 (Jumaat) : Satu ceramah industri telah dianjurkan oleh Program Kejuruteraan Polimer dengan tajuk “Engineer : What Are The Expectations?”. Sesi perkongsian pengalaman selama dua jam oleh penceramah Puan Roziyanna Ahmad dari Syarikat Teleflex Medical Sdn. Bhd telah dihadiri oleh 50 orang pelajar dari Tahun Tiga dan Tahun Empat Program Kejuruteraan Polimer. Penceramah merupakan Pengurus Projek yang berpengalaman luas dengan beberapa buah syarikat besar yang berkaitan bidang polimer antaranya adalah Teleflex Kulim, Teleflex Kamunting, Continental Tyres, Johnson and Johnson serta Toray Plastic, Prai. Perkongsian pengalaman serta beberapa petua temuduga dapat membantu para pelajar membuat persediaan untuk menempuh alam pekerjaan serta mempersiapkan diri mereka selengkapnya dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian empat tahun di USM. Semoga perkongsian pengalaman seperti ini dari pakar-pakar industri dapat memberikan semangat dan inspirasi serta persediaan mental dan fizikal yang cukup kepada para pelajar kita.