6 Februari 2023, Pusat Pengajian telah menerima kunjungan daripada “Hokkaido University, Japan” yang terdiri daripada 24 orang pelajar dari pelbagai kursus dan diiringi oleh 2 orang pensyarah.
Lawatan bertemakan “Career Global Design” meliputi lawatan ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) dan juga “Science & Engineering Research Centre (SERC)” Kampus Kejuruteraan USM.
Persatuan pelajar di Pusat Pengajian seperti PGSC dan juga Mimates usmkkj turut membantu dalam sesi lawatan dan juga interaksi bersama pelajar Hokkaido University.