LAWATAN PENGARAH KAMPUS KE PPKBSM

8.8.2023- PPKBSM dengan penuh takzimnya mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof. Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin, Pengarah Kampus Kejuruteraan ke PTJ kami.

Dalam lawatan ini, sesi memperkenalkan staf dan pusat pengajian telah diadakan di samping membincangkan perancangan-perancangan pusat pengajian serta kerjasama yang bakal dijalinkan antara PPKBSM dengan Pejabat Pengarah Kampus mahu pun dengan PTJ lain di kampus ini.

Selain daripada itu, Pengarah Kampus juga sempat meluangkan masa untuk melawat makmal-makmal di PPKBSM.

Diharapkan semoga lawatan dan sesi seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.