PENGANJURAN KURSUS DALAMAN PTJ”DESIGN WORKSHOP – HOW TO USE CANVA LIKE A PRO?”

5 Oktober 2023 – Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PPKBSM telah menganjurkan bengkel dalaman kepada warga PPKBSM yang berminat untuk menerokai aplikasi Canva.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh staf PPKBSM sendiri iaitu Ts. Dr. Yanny Marliana Baba Ismail dan disertai oleh staf akademik, staf pentadbiran dan juga staf teknikal.

Bengkel ini telah berjaya mencungkil kreativiti, bakat terpendam dan minat terbenam yang selama ini tidak diketahui oleh peserta sendiri. Pelbagai reka bentuk poster, ucapan dan kad telah dicipta oleh mereka.

Diharapkan agar program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.