MAJLIS KONVOKESYEN KE 61 USM

25 November 2023, Kepada Pelajar SMMRE *Batch 2019/2020*.

Pihak Pengurusan Tertinggi dan Staf Akademik Pusat Pengajian merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas Majlis Konvokesyen anda yang lepas..Selama 4 tahun anda menyelusuri pelbagai cabaran bagi menyediakan diri anda untuk menghadapi alam pekerjaan yang sangat mencabar.

Tiada ungkapan yang mampu dizahirkan apabila melihat anak didik berjaya mengenggam ijazah masing-masing pada Upacacara Konvokesyen ke -61 USM kali ini. Besar harapan kami agar anda semua dapat menyumbang semula kepada Pusat Pengajian terutama dalam membantu adik-adik yang masih berjuang di “Menara Ilmu” yang tercinta ini.

Kami doakan agar anda terus terbang tinggi dan mencapai impian masing-masing