Dewan Seminar PPKBSM, 28 Feb 2024. Biro Kebajikan KSR dengan kerjasama Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga staf PPKBSM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari.
Tujuan diadakan pemeriksaan kesihatan ini adalah bagi memupuk dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf.
Antara aktiviti yang akan dianjurkan
Pengukuran Berat Badan ,Tinggi dan BMI
Pemeriksaan Tekanan Darah
Konsultasi Doktor
Pengambilan sampel darah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan Unit Kesihatan yang sudi menjayakan program ini dan terima kasih juga diucapkan kepada warga PPKBSM yang cakna dengan tahap kesihatan masing-masing.