NIBONG TEBAL, 4 September 2024 – PPKBSM dengan kerjasama Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah berjaya menganjurkan satu lagi program berkaitan kesihatan dan keselamatan dengan fokus kali ini adalah terhadap “First Aid & CPR”.
Bertempat di Lattice Lounge yang menghijau, seramai 40 orang peserta telah menjalani sesi penerangan lengkap mengenai “CPR” yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan USM, Dr. Farhi Abidin. Seterusnya, sesi penerangan bagi tajuk kedua iaitu “First Aid” pula telah dikongsikan oleh Penolong Pegawai Perubatan USM, En. Mohd Noor Safuan Abd. Halim. Para peserta telah mengambil ruang dan peluang untuk mengemukakan sebanyak mungkin persoalan berkaitan topik ini kepada kedua-dua penceramah.
Kursus ini selanjutnya disempurnakan dengan sesi praktikal agar para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi tadi secara langsung. Sesi ini diselaraskan oleh kedua-dua penceramah dan turut dibantu oleh dua orang jururawat dari Unit Kesihatan.
Melalui kursus ini, para peserta telah dapat menimba ilmu-ilmu berguna berkaitan bantuan awal kecemasan yang mungkin boleh dilaksanakan di makmal atau sekitar kawasan pusat pengajian sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PPKBSM dan juga Unit Kesihatan di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga bertemu lagi dalam kursus-kursus akan datang.