PERASMIAN “LATTICE LOUNGE” OLEH PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN, PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN DAN SUMBER MINERAL AMAT BERBESAR HATI

NIBONG TEBAL, 27 September 2024 – PPKBSM dengan penuh takzim ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datin Dr. Azlina Harun@ Kamaruddin, Pengarah Kampus Kejuruteraan yang sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan Lattice Lounge pada hari ini.

Bertempat di Lattice Lounge, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@ Mustapha, Dekan PPKBSM yang turut mengimbas kembali proses-proses penyediaan ruangan ini bermula pada tahun pertengahan tahun 2023 hinggalah dibuka secara tidak rasmi pada cuti semester dua yang lalu.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Profesor Datin Dr. Azlina Harun@ Kamaruddin dan disusulkan dengan gimik perasmian merangkumi tayangan multimedia berserta majlis menandatangani plak sebagai simbolik kemuncak majlis ini. Beliau seterusnya diiringi oleh Dekan untuk meninjau setiap ruangan dalam Lattice Lounge sebelum beramah mesra bersama-warga PPKBSM yang hadir.

Bacaan selanjutnya : https://www.eng.usm.my/…/1052-simbol-komitmen-terhadap…