MAJLIS KONVOKESYEN KE 61 USM

25 November 2023, Kepada Pelajar SMMRE *Batch 2019/2020*.

Pihak Pengurusan Tertinggi dan Staf Akademik Pusat Pengajian merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas Majlis Konvokesyen anda yang lepas..Selama 4 tahun anda menyelusuri pelbagai cabaran bagi menyediakan diri anda untuk menghadapi alam pekerjaan yang sangat mencabar.

Tiada ungkapan yang mampu dizahirkan apabila melihat anak didik berjaya mengenggam ijazah masing-masing pada Upacacara Konvokesyen ke -61 USM kali ini. Besar harapan kami agar anda semua dapat menyumbang semula kepada Pusat Pengajian terutama dalam membantu adik-adik yang masih berjuang di “Menara Ilmu” yang tercinta ini.

Kami doakan agar anda terus terbang tinggi dan mencapai impian masing-masing

MALAYSIAN-GERMAN INDUSTRY AND UNIVERSITY COLLABORATION: CELEBRATING A DECADE OF PARTNERSHIP BETWEEN INFINEON AND OTH REGENSBURG MOU SIGNING CEREMONY

14 November 2023. A decade of partnership and collaboration between OTH REGENSBURG (TECHNICAL UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES) and Universiti Sains Malaysia was celebrated with the signing of the 3rd Memorandum of Agreement (MOA) on Student and Staff Exchange at Infineon Technologies Sdn Bhd, Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

The collaboration was initiated by the School of Materials & Mineral Resources Engineering, Universiti Sains Malaysia, in the mid-2012 with Prof. Dr. Ralph Schneider and the 1st Agreement was signed on 17th September 2013 that enables both universities to exchange students, academic members and staffs as well as scientific materials, academic publications and scholarly information.

For the past one decade, a few undergraduate and postgraduate students from the School of Materials and Mineral Resources Engineering had been attached to OTH Regensburg for a period of 3 to 6 months.

“CORROSION CAMP 2023”

3- 4 November 2023: Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM sedang menganjurkan “Corrosion Camp 2023” dengan tema “A LIFETIME BATTLE”

Program ini adalah kerjasama di antara PPKBSM dengan “Association for Materials Protection and Performance (AMPP) Malaysia Chapter”.

Seramai 92 orang peserta menyertai program ini dan ianya terbuka kepada pelajar universiti seluruh negara.

” BREAK THE ICE”

28 Oktober 2023: Program “Break the Ice” Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral bersama Staf & Pelajar Tahun 1. Lokasi di Taman Negeri Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Tahniah kepada semua.

PENGANJURAN KURSUS DALAMAN PTJ”DESIGN WORKSHOP – HOW TO USE CANVA LIKE A PRO?”

5 Oktober 2023 – Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PPKBSM telah menganjurkan bengkel dalaman kepada warga PPKBSM yang berminat untuk menerokai aplikasi Canva.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh staf PPKBSM sendiri iaitu Ts. Dr. Yanny Marliana Baba Ismail dan disertai oleh staf akademik, staf pentadbiran dan juga staf teknikal.

Bengkel ini telah berjaya mencungkil kreativiti, bakat terpendam dan minat terbenam yang selama ini tidak diketahui oleh peserta sendiri. Pelbagai reka bentuk poster, ucapan dan kad telah dicipta oleh mereka.

Diharapkan agar program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PENGANJURAN KURSUS EXCEL KEPADA GURU SEKOLAH RENDAH OLEH JAWATANKUASA PROGRAM HANDS-ON DAN INOVASI SAINS DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR (KEDAH)

18 September 2023 – Jawatankuasa Program Hands-on dan Inovasi Sains di Sekolah Rendah Luar Bandar sekitar Kedah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Microsoft Excel.

Program komuniti ini dilaksanakan di Makmal Komputer PPKBSM dan telah melibatkan penyertaan daripada 45 orang guru dari dua buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Rendah Bandar Baharu dan Sekolah Rendah Permatang Pasir, Kedah.

Diharapkan agar program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sumber bersama :

https://www.facebook.com/usmkkj

Bacaan selanjutnya —> https://www.eng.usm.my/…/922-jawatankuasa-program-hands