PENGANJURAN KURSUS EXCEL KEPADA GURU SEKOLAH RENDAH OLEH JAWATANKUASA PROGRAM HANDS-ON DAN INOVASI SAINS DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR (KEDAH)

18 September 2023 – Jawatankuasa Program Hands-on dan Inovasi Sains di Sekolah Rendah Luar Bandar sekitar Kedah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Microsoft Excel.

Program komuniti ini dilaksanakan di Makmal Komputer PPKBSM dan telah melibatkan penyertaan daripada 45 orang guru dari dua buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Rendah Bandar Baharu dan Sekolah Rendah Permatang Pasir, Kedah.

Diharapkan agar program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sumber bersama :

https://www.facebook.com/usmkkj

Bacaan selanjutnya —> https://www.eng.usm.my/…/922-jawatankuasa-program-hands

HARI MALAYSIA 2023 DI PUNCAK BUKIT ANGIN

Tanggal 16 September 2023 menyaksikan satu aktiviti riadah dan mahabbah telah dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PPKBSM. Seramai  32 orang staf dan ahli keluarga telah memberikan komitmen untuk berekreasi pada kali ini dengan mendaki Bukit Angin pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Bukit Angin yang berketinggian 416m bersamaan 1300 kaki terletak di Bandar Baharu, Kedah. Lokasi ini menjadi pilihan kerana mudah diakses dan sesuai untuk aktiviti riadah. Terdapat juga kemudahan kolam disediakan untuk aktiviti keluarga pada masa senggang.

Tahniah dan syabas buat semua yang berjaya menakluk puncak Bukit Angin! Semoga aktiviti bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

ALUMNI INSPIRASI

Jutaan TAHNIAH diucapkan buat Alumni yang memberikan inspirasi , Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa yang berjaya menjadi antara 4 juruterbang wanita terawal di dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM.

Lebih manis, beliau turut dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Penerbangan Siri 1/2021. Seluruh warga PPK Bahan dan Sumber Mineral berbesar hati meraikan kejayaan beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, bergraduasi pada tahun 2013.

Tahniah dan Syabas!! Sumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2224665

KURSUS PERKEMBANGAN ILMU STAF TEKNIKAL PPKBSM

13 September 2023 (Rabu), Pusat Pengajian Kejuruteran Bahan dan Sumber Mineral melalui inisiatif staf teknikal telah mengadakan Kursus Perkembangan Ilmu Staf Teknikal PPKBSM 2023 di Dewan Seminar dan di Makmal komputer.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan kompetensi dalam pelbagai kepakaran staf teknikal PPKBSM.

PROGRAM INTERNATIONAL SUMMER SCHOOL 2023

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral mengalu-alukan kehadiran Politeknik Akamigas Palembang, Indonesia ke Program International Summer School Universiti Sains Malaysia. Program Mineral Resources International Summer School (MIRESS) yang dianjurkan semula pada tahun 2023 ini setelah tertangguh selama tiga tahun dari 2020 hingga 2022 yang lalu akibat pandemik COVID-19. Program ini melibatkan penyertaan daripada 85 orang pelajar dari Politeknik Akamigas Palembang (PAP), Indonesia berlangsung dari 13 Ogos sehingga 26 Ogos 2023.

Program pengantarabangsaan sebegini adalah sangat sesuai dengan hasrat dan matlamat yang digagaskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program seumpama ini juga dapat menepati hasrat dan matlamat Sustainable Development Goals (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu SDG4 untuk Pendidikan yang berkualiti serta SDG17 untuk Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

Perasmian program pada hari pertama telah dirasmikan oleh dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral yang mewakili pengarah kampus dan turut dihadiri direktur Politeknik Akamigas Palembang (PAP), Ir. Hajah Amiliza Miarti.

Program yang berlangsung selama dua minggu ini menawarkan beberapa aktiviti khususnya yang berkaitan dengan kejuruteraan perlombongan, mekanik batuan, petrologi dan alam sekitar di mana ianya melibatkan kelas pengajaran dan lawatan yang disesuaikan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta.

MIRESS 2023 adalah suatu program unik peringkat antarabangsa dalam memenuhi keperluan peserta untuk meneroka peluang kerjaya dalam bidang sumber mineral dan perlombongan di mana ianya merangkumi beberapa aktiviti lawatan makmal dan latihan amali bagi memberikan pemahaman praktikal yang lebih baik tentang kejuruteraan sumber mineral serta analisis ujian.

Semoga Memorandum Perjanjian (MoA) antara PPKBSM dan PAP yang bermula pada tahun 2019 akan berterusan dan memberikan impak yang baik kepada pelajar dan warga staf kedua belah pihak.