HARI MALAYSIA 2023 DI PUNCAK BUKIT ANGIN

Tanggal 16 September 2023 menyaksikan satu aktiviti riadah dan mahabbah telah dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PPKBSM. Seramai  32 orang staf dan ahli keluarga telah memberikan komitmen untuk berekreasi pada kali ini dengan mendaki Bukit Angin pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Bukit Angin yang berketinggian 416m bersamaan 1300 kaki terletak di Bandar Baharu, Kedah. Lokasi ini menjadi pilihan kerana mudah diakses dan sesuai untuk aktiviti riadah. Terdapat juga kemudahan kolam disediakan untuk aktiviti keluarga pada masa senggang.

Tahniah dan syabas buat semua yang berjaya menakluk puncak Bukit Angin! Semoga aktiviti bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

ALUMNI INSPIRASI

Jutaan TAHNIAH diucapkan buat Alumni yang memberikan inspirasi , Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa yang berjaya menjadi antara 4 juruterbang wanita terawal di dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM.

Lebih manis, beliau turut dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Penerbangan Siri 1/2021. Seluruh warga PPK Bahan dan Sumber Mineral berbesar hati meraikan kejayaan beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, bergraduasi pada tahun 2013.

Tahniah dan Syabas!! Sumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2224665