MAJLIS TADARUS AL QURAN 2024

12 Mac 2024:

Sempena bulan Ramadhan 1445H kali ini, Majlis Tadarus Al-Quran telah berjaya diadakan dengan kerjasama Biro Kerohanian dan Motivasi, Kelab Sukan dan Rekreasi PPKBSM bersama Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

Seramai 21 orang muslimin dan 16 orang muslimat dalam kalangan staf pelbagai PTJ USM Kampus Kejuruteraan telah menyertai program ini.

PEMERIKSAAN KESIHATAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI (KSR) PPKBSM

Dewan Seminar PPKBSM, 28 Feb 2024. Biro Kebajikan KSR dengan kerjasama Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga staf PPKBSM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari.

Tujuan diadakan pemeriksaan kesihatan ini adalah bagi memupuk dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf.

📌Antara aktiviti yang akan dianjurkan

▪️Pengukuran Berat Badan ,Tinggi dan BMI

▪️Pemeriksaan Tekanan Darah

▪️Konsultasi Doktor

▪️Pengambilan sampel darah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan Unit Kesihatan yang sudi menjayakan program ini dan terima kasih juga diucapkan kepada warga PPKBSM yang cakna dengan tahap kesihatan masing-masing.

Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan