PERTANDINGAN INOVASI SAINS ANTARA SEKOLAH RENDAH ANJURAN SEKUMPULAN PENSYARAH PPKBSM DORONG KREATIVITI DAN INOVASI DI KALANGAN PELAJAR

BANDAR BAHARU, 24 April 2024 – Pertandingan Inovasi Sains antara Sekolah Rendah sekitar Daerah Bandar Baharu anjuran sekumpulan pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini diharap akan mendorong kreativiti serta inovasi dalam kalangan pelajar terlibat.

Selain daripada bertujuan untuk mewujudkan minat murid dalam mengemukakan ciptaan berlandaskan bidang sains dan teknologi melalui aktiviti yang inventif, inovatif, dan kreatif, pertandingan ini juga menjadi platform dalam mencungkil bakat dalam kalangan masing-masing, sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bacaan Selanjutnya —>https://www.eng.usm.my/…/995-pertandingan-inovasi-sains…