KUNJUNGAN DARIPADA PELAJAR TINGKATAN 5 MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN, KOTA BHARU, KELANTAN.

21 Jun 2024: Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral telah menerima kunjungan daripada pelajar Tingkatan 5 Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 120 orang pelajar bersama 10 orang guru pengiring telah diberikan taklimat berkaitan pusat pengajian oleh Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) di Dewan Seminar PPKBSM. Kemudian, pelajar dibahagi kepada tiga kumpulan untuk lawatan ke makmal PPKBSM.