PERASMIAN “LATTICE LOUNGE” OLEH PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN, PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN DAN SUMBER MINERAL AMAT BERBESAR HATI

NIBONG TEBAL, 27 September 2024 – PPKBSM dengan penuh takzim ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datin Dr. Azlina Harun@ Kamaruddin, Pengarah Kampus Kejuruteraan yang sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan Lattice Lounge pada hari ini.

Bertempat di Lattice Lounge, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@ Mustapha, Dekan PPKBSM yang turut mengimbas kembali proses-proses penyediaan ruangan ini bermula pada tahun pertengahan tahun 2023 hinggalah dibuka secara tidak rasmi pada cuti semester dua yang lalu.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Profesor Datin Dr. Azlina Harun@ Kamaruddin dan disusulkan dengan gimik perasmian merangkumi tayangan multimedia berserta majlis menandatangani plak sebagai simbolik kemuncak majlis ini. Beliau seterusnya diiringi oleh Dekan untuk meninjau setiap ruangan dalam Lattice Lounge sebelum beramah mesra bersama-warga PPKBSM yang hadir.

Bacaan selanjutnya : https://www.eng.usm.my/…/1052-simbol-komitmen-terhadap…

FORUM KESEDARAN : “JASMANI, ROHANI DAN MENTAL, APAKAH MAKANAN TERBAIK UNTUK KITA?”

NIBONG TEBAL, 25 September 2024 – PPKBSM dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) telah berjaya menganjurkan satu program kesedaran berupa forum yang membawa topik “ Jasmani, Rohani Dan Mental, Apakah Makanan Terbaik Untuk Kita?”

Bertempat di Dewan Seminar PPKBSM, seramai 55 orang peserta telah menghadiri forum yang menampilkan para panel berpengalaman dari kampus USM yang berbeza. YBrs. Ustazah Nor Fadhilah Wahab, Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, YBrs. Puan Fauziah Abdullah, Pegawai Psikologi BHEPA Kampus Induk dan Puan Yusfizahani Md. Yusuff, Pegawai Dietetik, IPPT, Bertam telah dijemput mengimarahkan program ini di samping YBrs. Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Shariff yang mengemudi program sebagai Moderator.

Antara intipati forum yang dapat dikongsikan adalah kepentingan seseorang manusia itu untuk mengambil perhatian terhadap “makanan” jasmani, rohani dan mental yang mana gabungan ketiga-tiga elemen tersebut mampu membantu kita menjadi insan yang berjaya. Makanan jasmani berupa makanan seharian kita yang seharusnya dari sumber yang bersih, halal dan mencakupi keperluan zat-zat yang seimbang. Manakala makanan rohani juga perlu dititikberatkan melalui pelaksanaan amalan-amalan yang baik sepanjang hidup kita. Seterusnya, makanan emosi pula perlu disalurkan melalui cara berfikir dan menerima sesuatu perkara dengan lebih terbuka, berlapang dada dan bermotivasi.

Melalui forum ini, para peserta telah dapat menimba pelbagai ilmu dan tips berguna untuk cuba diimplementasikan ke dalam cara hidup bermula pada hari ini. Diharapkan agar, program ilmiah dan bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.