LAWATAN DELEGASI MARA KE PPKBSM

19 Jun 2022- Kehadiran Pegawai-pegawai Tinggi MARA yang diiringi oleh wakil Pengurusan Tertinggi USM dan delegasi masing-masing ke PPKBSM. Sesi lawatan ke makmal-makmal dan penyampaian taklimat ini merupakan salah satu agenda yang telah dijadualkan dalam program “Gear Up!” 2022, kolaborasi antara MARA – USM. PPKBSM yang diwakili oleh Dr. Khairul Anuar Sharif, rakan pensyarah dan dibantu oleh staf-staf Teknikal yang berdedikasi telah menjayakan sesi ini dengan penuh komitmen.