KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI,JOM MASUK IPT DI UNISZA, TERENGGANU

Pada 17-18 Jun 2022 , PPKBSM bersama-sama delegasi USM telah menyertai Karnival Pendidikan Tinggi, Jom Masuk IPT di UniSZA, Terengganu.PPKBSM telah diwakili oleh Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa iaitu Prof. Madya Dr. Nurulakmal Mohd Sharif yang menumpukan sepenuh komitmen beliau untuk mempromosikan ketiga-tiga program pengajian di PPKBSM. Semoga lebih ramai adik-adik di luar sana yang menanam impian untuk “melapor diri” sebagai warga PPKBSM sidang akan datang.