LAWATAN PELAJAR DARI KOLEJ MATRIKULASI KUALA NERANG KE PPKBSM

6 Disember 2023. Pusat Pengajian telah menerima kunjungan 35 orang Pelajar Kolej Matrikulasi Kuala Nerang, Kedah bagi Program Sehari @USM Engineering.

Pelajar telah diberikan penerangan mengenai program yang ditawarkan di pusat pengajian seperti Program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer.

Pelajar juga turut dibawa melawat makmal-makmal yang terdapat di Pusat Pengajian.