PPKBSM KOMITED MEMBANTU USM MENJAYAKAN PROGRAM MRI3

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) komited menjayakan program MRI3 melalui tiga projek penyelidikan melibatkan Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd. dan Boston Scientific Medical Device Sdn. Para pelajar akan menjalani Latihan Industri dan projek Tahun Akhir (FYP) berasaskan industri, yang mana segala peralatan dan perisian adalah sama dengan yang digunakan oleh industri itu sendiri.

Melalui program sebegini, diharapkan semoga lebih banyak “industry-ready talent” bakal disediakan oleh tenaga berkepakaran dari PPKBSM.