KEJOHANAN BOLING KELAB SUKAN DAN REKREASI (KSR), PPKBSM

Kejohanan Boling 2023 anjuran KSR, PPKBSM di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 10 Disember 2023, hari Ahad jam 9 pagi bertempat di Ole-Ole Superbowl, Mydin Mall Bukit Mertajam.

Sebanyak 12 pasukan merangkumi 48 orang peserta telah bersaing dalam kejohanan ini dan mereka terdiri daripada Staf Akademik, Teknikal, Pentadbiran , pelajar-pelajar Ijazah Tinggi dan ahli keluarga yang turut memberi sokongan.

Sekalung penghargaan buat Syarikat De Eco SR Hygiene yang menaja Piala Pusingan kejohanan pada kali ini dan juga orang perseorangan yang menaja hadiah cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga. Tidak dilupa, syabas buat peserta yang menjuarai kategori High Series (L&P) dan High Game (L&P) .

Dengan objektifnya iaitu mengeratkan ukhwah sesama warga PPKBSM, kejohanan ini telah berjaya mencapai tujuan malah turut meneruskan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.