PERTANDINGAN MATERIAL PRODUCT AND DESIGN ECO-CHALLENGE (MPDEC) 2024

6 Januari 2024 (Sabtu)Buat julung kalinya Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral (PPKBSM), USM dengan Kerjasama Institute of Engineers Malaysia (IEM), Material Engineering Technical Division telah menganjurkan Pertandingan Material Product and Design Eco-Challenge (MPDEC) 2024 bertempat di PPKBSM, USM, Kampus Kejuruteraan.

Pertandingan ini disertai oleh hampir 205 orang pelajar dari:

1. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
2. Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
3. Kolej Matrikulasi Kedah
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Perak
6. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
7. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
8. Kolej Matrikulasi Kelantan.
Disamping pertandingan MPDEC 2024, aktiviti pameran berkenaan Program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer dan Kejuruteraan Sumber Mineral turut dijayakan oleh staf akademik dan teknikal PPKBSM.
Selain itu, wakil daripada industri juga turut dijemput sebagai hakim bagi sesi penilaian produk yang dibawa oleh pelajar.
Tahniah kepada pemenang..