MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN RUANG PELAJAR “LATTICE LOUNGE “
MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN RUANG PELAJAR “LATTICE LOUNGE “
23 JANUARI 2024 (SELASA) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral, USM dengan kerjasama MIMATES telah menganjurkan pertandingan *”Study Space Interior Design Challenge”* yang dibuka kepada semua pelajar PPKBSM.
Pertandingan ini diadakan bagi mendapatkan idea yang menarik mengikut dari perspektif pelajar itu sendiri berkaitan reka bentuk hiasan dalaman dan nama yang sesuai untuk Ruang Pelajar yang bakal disiapkan dalam masa terdekat.Ruang Pelajar tersebut telah dinamakan sebagai “LATTICE LOUNGE”.
Ruang Pelajar ini siap sepenuhnya untuk kegunaan Warga PPKBSM sekitar bulan Mac 2024.
Bagi Alumni PPKBSM yang ingin menyumbang dalam menaiktaraf Ruang Pelajar ini, boleh hubungi Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Shariff (biokhairul@usm.my) atau 04-5996129