ZIARAH KASIH RAMADAN OLEH KSR, PPKBSM

27 Mac 2024. Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) , PPKBSM telah menyantuni para penghuni di Kediaman Anak-anak Yatim dan Miskin Cahaya Ain, Bagan Serai. Kediaman yang diasaskan oleh Puan Siti Nur Ain Farhana ini menempatkan seramai 15 orang kanak-kanak perempuan.

Ziarah Ramadan ini telah disertai oleh 15 orang staf yang membawa sumbangan berupa makanan keperluan asas, buah-buahan berserta wang tunai untuk kegunaan para penghuni yang pada masa ini kebanyakannya sedang berada di sekolah.

Pihak PPKBSM melalui staf Teknikal juga berhasrat untuk meneruskan sumbangan dalam bentuk kepakaran/ teknikaliti/ tenaga terhadap keselesaan kediaman ini pada masa akan datang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PPKBSM yang budiman serta para dermawan yang menyumbang kepada pelaksanaan program-program dalam bulan Ramadan ini.

Daun selasih dimakan angsa,
Manisnya rasa rambutan di dahan,
Terima kasih budi dan jasa,
Moga sentiasa diberkati Tuhan.