Prof. Madya Dr. Hareyani (Pengerusi Rancangan Kej. Sumber Mineral) telah mewakili Pusat Pengajian dalam Karnival “JOM MASUK IPT 2022” Zon Pantai Timur di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Nantikan kemunculan kami di Karnival Jom Masuk IPT di UNISZA minggu hadapan..SMMRE pilihan PERTAMA!!
16 Jun 2022- Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral dengan berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Nurul Najah Azizi, pelajar tahun dua Program Kejuruteraan Bahan yang telah menerima Biasiswa API-MDC 2022. Majlis Menandatangani Perjanjian Biasiswa telah diadakan pada 16 Jun 2022 di USM. Majlis ini telah dihadiri oleh Mr Leow Khang Heng, Chief Executive Officer, MDC Group Of Companies dan Profesor Azlinda Azman, TNC HEPA USM serta diiringi oleh Dekan PPKBSM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@ Mustapha.
TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA! WARGA PPKBSM TERUS MELAKAR POTENSI
Kunjungan Hormat Staf Akademik dari Program Kejuruteraan Sumber Mineral USM ke Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) untuk jalinan kerjasama antara USM dan MB Inc telah diadakan pada hari ini iaitu 22/3/22 (Selasa). Semoga dengan lawatan ini lebih banyak kerjasama dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan.
Pensyarah-pensyarah Program Kejuruteraan Sumber Mineral, Professor Madya Dr. Hashim Hussin, Professor Madya Ir Dr Syed Fuad Saiyid Hashim, dan Dr Suhaina Ismail di sesi menandatangani MOA & MOU bersama Permodalan Kedah Berhad (PKB).
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara MBI Kedah, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan, Permodalan Kedah Berhad, Hayun Land Sdn. Bhd., Kedah Agro Holdings Berhad dan MHC Trading (M) Sdn. Bhd. telah diadakan di Wisma Darul Aman pada 6 Jan 2022.
NIBONG TEBAL, 2 Disember 2021 – AUN/SEED-Net Regional Conference on Materials kali ke-14 dan International Postgraduate Conference on Materials, Minerals and Polymer kali ke-4 (14th RCM & 4th MAMIP 2021) merupakan medium terbaik perkongsian idea dan rangkaian penyelidikan kolaboratif.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) Profesor Madya Ir. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim, persidangan ini berjaya menghimpunkan pelajar, penyelidik, ahli akademik serta pelbagai pihak lain yang berminat untuk melibatkan diri di dalam kajian sambil berkongsi perspektif, idea dan pengalaman mereka tentang penyelidikan mahupun inovasi terbaharu masing-masing.
“Universiti Sains Malaysia (USM) melalui PPKBSM selaku penganjur persidangan, sangat mengalu-alukan kedatangan 120 peserta dari seluruh ASEAN ke acara akademik yang merangkumi beberapa bidang tematik seperti Advanced Materials, Biomaterials, Nanomaterials dan Functional Materials ini,” kata Syed.
“Seperti yang kita sedia maklum, penemuan dalam bidang bahan khususnya, pada hari ini adalah amat penting serta berfaedah untuk Malaysia di mana kemajuan serta teknologi inovatif akan memberi kesan langsung serta positif kepada pertumbuhan ekonomi, alam sekitar dan kualiti hidup semua,” tambah beliau.
“Selain daripada itu, bidang ini juga menawarkan medium sokongan paling penting yang boleh membawa kepada spektrum luas kepada produk-produk inovatif baharu dan ini adalah sejajar dengan tema persidangan kita pada kali ini iatu “Emerging Materials for Future Technology “,” tambah Syed lagi.
Bagi Pengerusi persidangan, Profesor. Ir. Dr. Mariatti Jaafar pula, beliau berharap agar persidangan selama dua hari ini membuahkan hasil untuk semua pihak terutamanya kepada lima pengucaptama, seorang penceramah industri, 86 pembentang lisan dan juga 27 pembentangan poster yang terlibat.
“Semoga dengan pembentangan serta penemuan baharu yang telah dibentangkan di dalam persidangan ini akan mencetuskan idea-idea baharu yang pastinya dapat mengukuhkan lagi kajian masing-masing demi manfaat bersama kelak,” kata Mariatti.