CERAMAH KERJAYA DAN PENGENALAN PRODUK SERTA OPERASI OLEH SYARIKAT TELEFLEX MEMBUKA PELBAGAI PELUANG KEPADA  PELAJAR KEJURUTERAAN POLIMER

13hb JULAI 2022 (Rabu) : Seramai sepuluh orang staf dari Syarikat Teleflex Medical Sdn. Bhd. yang terdiri dari Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Operasi Produk serta Pengurus Bahagian Latihan telah berbesar hati datang ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral bagi memberi peluang kepada pelajar Kejuruteraan Polimer untuk mengenali syarikat dengan lebih dekat. Kehadiran syarikat Teleflex ini juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali produk yang dihasilkan oleh syarikat berasaskan bahan daripada polimer. Selain mengenali syarikat serta produk melalui slot taklimat pengenalan syarikat dan pengetahuan produk, taklimat berkaitan ceramah kerjaya, peluang untuk menjalani latihan industri juga dibuka kepada para pelajar dan membolehkan para pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada bulan Ogos nanti untuk memohon serta memberi peluang kepada pelajar tahun empat yang bakal tamat pengajian untuk mencuba bagi memulakan kerjaya bersama Syarikat Teleflex.

Pameran dan demonstrasi penggunaan produk yang dihasilkan oleh syarikat juga dilakukan bagi menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang lebih mendalam hasil dari proses polimer dalam pembelajaran pengajian mereka untuk diaplikasikan menjadi produk yang dapat dimanfaatkan dalam membantu masyarakat di luar melalui penghasilan produk-produk peralatan kesihatan.

Diharap dengan kehadiran syarikat besar seperti ini dapat mendedahkan pelajar kepada ilmu alam pekerjaan dan industri selain ilmu asas yang dipelajari di dalam kelas serta memberi persediaan mental dan fizikal yang cukup sebelum mereka menempuh cabaran di luar sana. Program ditamatkan dengan pemberian cenderamata oleh syarikat kepada setiap peserta yang hadir serta sesi fotografi sebagai kenangan.


INDUSTRIAL TRIP TO AEROSPACE COMPOSITES MALAYSIA SDN BHD

1st July, 19 students of 3rd year Polymer Engineering Program along with four lecturers and a technical staff visited Aerospace Composites Malaysia Sdn.Bhd(ACM) that located at Bukit Kayu Hitam, Kedah. The objective of this industrial visit is to understand the manufacturing process of composite material as an aerospace component product and also an exposure the real-life working environment. We all assembled at Café Lembaran at 6 am and left the campus at 6.45 am. We reached the factory at 9.30 am. A chief of staff at Aerospace Composite Malaysia Sdn. Bhd, Mr. Zainal Shukri welcomes us at the entrance and gave a brief introduction about the factory and safety procedure. Then, all the students and staff are allowed to visit the production line and can freely asked question to the respective person.

KUNJUNGAN SAINTIS KANAN SYARIKAT YTY ke PPKBSM

22 Jun 2022: Sesi bersama Industri siri ke-2 di PPKBSM, USM. PPKBSM telah didatangi Saintis Kanan (Pengurus, Penyelidikan & Pembangunan) YTY Industry Sdn. Bhd. iaitu Dr. Indrajith Rathnayake. Beliau merupakan alumni USM dibawah penyeliaan Profesor Hanafi Ismail. Beliau mempunyai pengalaman bekerja selama 14 tahun dalam industri lateks. Kedatangan beliau berkongsi pengalaman beliau sangat bermanfaat kepada pelajar kejuruteraan polimer sebagai persediaaan sebelum mereka ke dunia pekerjaan. Tajuk perkongisan beliau adalah “Peluang untuk Graduan Berasaskan Polimer dalam Industri Lateks di Malaysia”. Sesi perkongsian diakhiri dengan sumbangan cenderamata dari pihak PPKBSM, USM dan sesi foto.









PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU KERJAYA INDUSTRI OLEH ALUMNI PROGRAM KEJURUTERAAN POLIMER

3 Jun 2022 (Jumaat) : Satu ceramah industri telah dianjurkan oleh Program Kejuruteraan Polimer dengan tajuk “Engineer : What Are The Expectations?”. Sesi perkongsian pengalaman selama dua jam oleh penceramah Puan Roziyanna Ahmad dari Syarikat Teleflex Medical Sdn. Bhd telah dihadiri oleh 50 orang pelajar dari Tahun Tiga dan Tahun Empat Program Kejuruteraan Polimer. Penceramah merupakan Pengurus Projek yang berpengalaman luas dengan beberapa buah syarikat besar yang berkaitan bidang polimer antaranya adalah Teleflex Kulim, Teleflex Kamunting, Continental Tyres, Johnson and Johnson serta Toray Plastic, Prai. Perkongsian pengalaman serta beberapa petua temuduga dapat membantu para pelajar membuat persediaan untuk menempuh alam pekerjaan serta mempersiapkan diri mereka selengkapnya dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian empat tahun di USM. Semoga perkongsian pengalaman seperti ini dari pakar-pakar industri dapat memberikan semangat dan inspirasi serta persediaan mental dan fizikal yang cukup kepada para pelajar kita.