MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN RUANG PELAJAR “LATTICE LOUNGE “

23 JANUARI 2024 (SELASA) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral, USM dengan kerjasama MIMATES telah menganjurkan pertandingan *”Study Space Interior Design Challenge”* yang dibuka kepada semua pelajar PPKBSM.

Pertandingan ini diadakan bagi mendapatkan idea yang menarik mengikut dari perspektif pelajar itu sendiri berkaitan reka bentuk hiasan dalaman dan nama yang sesuai untuk Ruang Pelajar yang bakal disiapkan dalam masa terdekat.Ruang Pelajar tersebut telah dinamakan sebagai “LATTICE LOUNGE”.

Ruang Pelajar ini siap sepenuhnya untuk kegunaan Warga PPKBSM sekitar bulan Mac 2024.

Bagi Alumni PPKBSM yang ingin menyumbang dalam menaiktaraf Ruang Pelajar ini, boleh hubungi Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Shariff (biokhairul@usm.my) atau 04-5996129

@ppkbsm.usm

23 JANUARI 2024 (SELASA) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral, USM dengan kerjasama MIMATES telah menganjurkan pertandingan “Study Space Interior Design Challenge” yang dibuka kepada semua pelajar PPKBSM. Pertandingan ini diadakan bagi mendapatkan idea yang menarik mengikut dari perspektif pelajar itu sendiri berkaitan reka bentuk hiasan dalaman dan nama yang sesuai untuk Ruang Pelajar yang bakal disiapkan dalam masa terdekat. Ruang Pelajar tersebut telah dinamakan sebagai “LATTICE LOUNGE”. Ruang Pelajar ini siap sepenuhnya untuk kegunaan Warga PPKBSM sekitar bulan Mac 2024. materialsengineering mineralresourcesengineering polymerengineering usm welead universitisainsmalaysia materials polymer minerals SDG materials #smmreusm

♬ original sound – PPKBSM USM – PPKBSM USM

PERTANDINGAN MATERIAL PRODUCT AND DESIGN ECO-CHALLENGE (MPDEC) 2024

6 Januari 2024 (Sabtu)Buat julung kalinya Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral (PPKBSM), USM dengan Kerjasama Institute of Engineers Malaysia (IEM), Material Engineering Technical Division telah menganjurkan Pertandingan Material Product and Design Eco-Challenge (MPDEC) 2024 bertempat di PPKBSM, USM, Kampus Kejuruteraan.

Pertandingan ini disertai oleh hampir 205 orang pelajar dari:

1. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
2. Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
3. Kolej Matrikulasi Kedah
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Perak
6. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
7. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
8. Kolej Matrikulasi Kelantan.
Disamping pertandingan MPDEC 2024, aktiviti pameran berkenaan Program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer dan Kejuruteraan Sumber Mineral turut dijayakan oleh staf akademik dan teknikal PPKBSM.
Selain itu, wakil daripada industri juga turut dijemput sebagai hakim bagi sesi penilaian produk yang dibawa oleh pelajar.
Tahniah kepada pemenang..

KEJOHANAN BOLING KELAB SUKAN DAN REKREASI (KSR), PPKBSM

Kejohanan Boling 2023 anjuran KSR, PPKBSM di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 10 Disember 2023, hari Ahad jam 9 pagi bertempat di Ole-Ole Superbowl, Mydin Mall Bukit Mertajam.

Sebanyak 12 pasukan merangkumi 48 orang peserta telah bersaing dalam kejohanan ini dan mereka terdiri daripada Staf Akademik, Teknikal, Pentadbiran , pelajar-pelajar Ijazah Tinggi dan ahli keluarga yang turut memberi sokongan.

Sekalung penghargaan buat Syarikat De Eco SR Hygiene yang menaja Piala Pusingan kejohanan pada kali ini dan juga orang perseorangan yang menaja hadiah cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga. Tidak dilupa, syabas buat peserta yang menjuarai kategori High Series (L&P) dan High Game (L&P) .

Dengan objektifnya iaitu mengeratkan ukhwah sesama warga PPKBSM, kejohanan ini telah berjaya mencapai tujuan malah turut meneruskan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.

PPKBSM KOMITED MEMBANTU USM MENJAYAKAN PROGRAM MRI3

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) komited menjayakan program MRI3 melalui tiga projek penyelidikan melibatkan Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd. dan Boston Scientific Medical Device Sdn. Para pelajar akan menjalani Latihan Industri dan projek Tahun Akhir (FYP) berasaskan industri, yang mana segala peralatan dan perisian adalah sama dengan yang digunakan oleh industri itu sendiri.

Melalui program sebegini, diharapkan semoga lebih banyak “industry-ready talent” bakal disediakan oleh tenaga berkepakaran dari PPKBSM.